Sunday, April 26, 2009

BIODATA


Nama Botanik: Hylocereus sp.

Famili: Cactaceae
Varieti: Putih, Merah dan Kuning
Musim: Berbuah sepanjang tahun dan bergantung varieti,
hasil agak kurang pada musim tengkujuh



Buah naga atau Pitaya, berasal dari Amerika Selatan/Latin. Pokok yang tergolong dalam spesis kaktus ini sensitif terhadap suhu melampau dan dibawa masuk ke Asia oleh Belanda dan Perancis. Di bawah suhu -4 darjah celcius dan di atas 45 darjah celcius, akan mengakibatkan pokok ini mati. Pokok ini ditanam menggunakan batang yang telah matang dan sihat bagi mengawal mutu pokok yang bakal membesar. Sulur batang pokok ini bersegi dan mempunyai duri yang tajam.

Di Malaysia pokok ini banyak di tanam di sebelah selatan tanahair. Bunganya berwarna putih, kembang di sebelah malam dan mengeluarkan bau yang sangat wangi. Bunga buah naga ini dapat dijadikan hidangan sayur. Selain itu, bunganya dapat dikeringkan untuk dijadikan teh.

Terdapat 3 jenis buah naga,buah merah isi merah,buah merah isi putih serta buah kuning yang mana isinya berwarna putih dan biji yang terdapat dalam isinya agak besar berbanding buah merah. Berat buah untuk dipasarkan adalah sekitar 300gm sehingga 600gm.

0 comments: